Pasukan Khas Tentera Laut Diraja Malaysia

Unit khas dalam organisasi TLDM ini dikenali sebagai PASKAL atau nama penuhnya Pasukan Khas Laut. Seperti unit- unit lain dalam TLDM, pasukan ini ditugaskan tanpa mengira waktu aman atau perang. PASKAL bertindak menangani keganasan dan mengawal serta melindungi aset-aset maritim negara seperti pelabuhan dan pengkalan, kapal- kapal dagang, pelantar minyak dan gugusan pulau persempadanan. Di waktu peperangan dan konflik antara negara, sudah pasti pasukan ini yang terawal ditugaskan melakukan penyusupan di perairan, perisikan dan sabotaj ke atas aset dan kemudahan musuh. Unit ini mendapat latihan awal kepakaran daripada KOPASKA Indonesia, Royal Marine Commando British dan SEAL Amerika Syarikat. Dari segi kemampuan, tidak keterlaluan dikatakan unit ini setanding dengan pasukan elit negara- negara lain.

Rujukan

WikiPedia: Tentera Laut Diraja Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id... http://tldm.blogspot.com/ http://defence-data.com/f2006/pagefa1093.htm http://www.janes.com/extract/jni2001/jni0362.html http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-... http://www.naval-technology.com/projects/lekiu/ http://www.spacewar.com/reports/DCNS_Delivers_Firs... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.lima.com.my/news_navalforces.php http://www.tempur.com.my/dcp.news.view.asp?newsID=...